Drama Lelaki Kiriman Tuhan (2018) Astro Oasis - Kepala Bergetar

Info Drama Terkini, Info Rancangan TV Terkini, Tonton Drama Setiap Hari, Update Drama Melayu Terbaharu

Monday, 28 January 2019

Drama Lelaki Kiriman Tuhan (2018) Astro Oasis

Lelaki Kiriman Tuhan

Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
Mula Tayangan : 1 Oktober 2018
Masa : Setiap Isnin, 9.00 Malam
Siaran : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Jumlah Episod:18

Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani, Dato Jalaluddin Hassan

LAGU TEMA / OST 
Kisah Ku Inginkan - Dato' Siti Nurhaliza & Judika

SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN
Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Tonton Lelaki Kiriman Tuhan

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18

2 comments:

  1. Encik. Tolong betolkan lagi server download. Susah sangat dh nak download di lelaki kiriman tuhan. Saye penonto dari indonesia.

    ReplyDelete
  2. saya mohon jasa baik admin untuk recover episod 12-15 (4 episod) yang telah expired.

    ReplyDelete

Drama

Telefilem

Program TV